Timeline

One second builds up years

Aidiladha, Zulhijjah 10, 1429

Posted by goldenborn on December 8, 2008

Sebak hati ini semalam. Andai Aidlfitri lepas ku tidak dapat solat raya, sama juga kali ini. Nak buat macam mana. Kalau orang kata boleh ambil ‘religious holiday’, memang boleh ambil pun tapi kalau aku duduk bilik semata-mata, baik pergi kelas. Final exams dah nak hampir. Masa ni jugalah tak boleh nak solat raya, exams nak datang dengan gembira, presentation di hari raya. Tak mengapa. Pengorbanan.

Andai Nabi Ibrahim mampu melakukan pengorbanan yang lebih besar demi Allah, masakan aku tak ada daya. Kelas sahaja kalau ye pun. Sungguh, malam semalam ku hampir lupa yang hari ni raya Aidiladha. Menyiapkan powerpoint presentation Biomechanics untuk hari ini.

Sebelum tidur, aku dengar takbir raya. Bertuah sungguh sekarang, nasib baik ada youtube, google, yahoo..semua-semua itulah. Dapat ku dengar takbir raya. Kalau tak, bertakbir sendiri je la sepanjang masa. Azan pun ku dengar online. Sekarang ni pun ku dengar takbir. Rindu.

‘Ya Allah, Kau melihat aku. Kau perhati aku. Sesungguhnya kau memahami hamba-Mu ini Ya Allah. kau Maha Pengasih dan Penyayang. Kau berikan aku kekuatan, kau berikan rakan-rakanku kekuatan tenaga Ya Allah. Kekuatan untuk menghadapi hari yang lepas, sekarang dan yang akan datang. Kau berikan kami kefahaman yang tinggi  Ya Allah, kuat ingatan seperti para Nabi. Semoga apa yang telah kami pelajari, sedang pelajari dan akan pelajari akan terus kuat dalam ingatan kami Ya Allah. Kau kurniakanlah kami ilham-Mu  Ya Allah supaya kami dapat menjawab peperiksaan dengan cemerlang. Sesungguhnya, kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Semoga pengorbanan ini membawa makna yang besar dan baik. “

Amin….

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>