Timeline

One second builds up years

Archive for January 7th, 2009

Siapa yang Veto?

Posted by goldenborn on January 7, 2009

Tiba-tiba terlintas di fikiran aku. Kalau ada dua manusia di gelanggang pertarungan. Andai yg satu itu diberi segumpal tanah, dan yang satu lagi diberi pistol, cuba kau beritahu, yang mana satu kau jangka akan menang pertarungan.

Kau beritahu aku di mana hak si punya segumpal tanah, kau beritahu aku hilangkah ciri-ciri ‘humanity’ yang dilaungkan si pemegang pistol? Tak sangka. Aku malu dengan mereka. Bukan atas kewarganegaraan, bangsa mahupun agama mereka. Tapi malu kerana mereka guna pakai nama DEWASA. ADULT.

Takut aku, kerana kini dalam peralihan ke ruang DEWASA, andai dulu mak ayah kata , “yang besar jadi contoh kepada yang kecil,” kini bagaikan terbalik pula.

Fitrah manusia suka pada yang cantik, yang indah, yang baik. Tak faham aku, kalau benar nak tunjuk siapa yang VETO, siapa yang bijak, apa kata tambah sekolah daripada letupkan sekolah. Buat penduduk kawasan terhutang budi. Hantarlah guru ajar matematik, ajar sains. Bila dah besar budak-budak tu, rekrut kerja kat negara VETO tu. Nanti dalam sejarah, termaktub bahawa negara Veto itu banyak membawa manfaat kepada kawasan itu. Kau pernah dengar Renaissance? Nak suruh fikir sendiri…tak boleh pulak disuruh macam tu, sebab nampak sangat tak reti-reti bila masyarakat Bumi ni dah berbuih-buih memberitahu.

Orang selalu kata, orang tua lebih banyak makan garam. MUNGKIN sebab itu darah tinggi, susah nak fikir betul-betul sebab banyak masa dihabiskan keluar masuk hospital, bila dah keluar hospital fikiran masih tak stabil, keputusan dipengaruhi, bom sana bom sini. Semua mati.

Bila aku seronok flashback sejarah, kau flick channel HBO.

Bila aku sarankan berita terkini, kau buka Yahoo The Soup.dsc_02452

Bila aku baca Utusan, BH, USA Today (semua online je la), kau jenguk Facebook memanjang, tak pun Friendster (nasib baik ada virus tipu).

Bila aku tengok Youtube nak tau pasal orang tertindas tak kira agama, kau buka tab baru Youtube cari lagu Usher. Pandai betul…sabar je la.

Kau boleh baca, kan Syahirah?

+Boleh. tengah baca la ni. Ala…kau pon bukan pandai sangat. Cakap tak serupa bikin.

Memang la cakap tak serupa bikin, aku blog je. Tapi kenapa perlu tengok kat siapa penyampainya?

+”Lead by example”. Contoh teladan.

Betul. Aku tak sanggah. Pendapat aku, isi lebih penting. Sama la kalau kau terima kritikan, tak perlu tahu siapa kritik, yang penting kau tahu apa yang dikritik, dan kau usaha jadikannya lebih baik.

+Sorry. emo.

Posted in Uncategorized | 1 Comment »